Posted by: pahangtechft17 | Augpm08 29, 2008

KURSUS INDUKSI- TAHNIAH KEPADA SEMUA..

Alhamdullilah, kursus induksi ssm kumpulan 2 siri 3/2008 selamat di jalankan dengan jayanya bermula 11 Ogos hingga 21 Ogos 2008 di hotel Seri Malaysia Rompin Pahang, segala ilmu dan maklumat yang diperolehi diharap dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Seramai 100 orang peserta terlibat di dalam kursus ini, termasuklah 15 orang juruteknik komputer FT17 yang berkhidmat di sekolah-sekolah negeri Pahang.

Harapan agar semua yang terlibat dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab selepas menghadiri kursus ini. Terima kasih kepada pihak urusetia dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang menganjurkan kursus induksi ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan peserta dari bidang bidang lain kerana kerjasama yang diberikan, iaitu peserta dari bidang Pembantu Tadbir, Penyelia Asrama, Pembantu Pengurusan Murid, pembantu makmal dan lain-lain.

Insya allah jika ada kesempatan semua peserta peserta yang terlibat ini akan bertemu semula pada bulan oktober ini untuk menghadiri pula kursus Bina Negara.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: