Posted by: pahangtechft17 | Junpm08 29, 2008

UNTUK RENUNGAN (FADHILAT SURAH YAASIN)

RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:
1. Apabila orang lapar membaca surah Yaasin, ia boleh menjadi kenyang.

2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.

3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.

4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.

5. Jika terpenjara akan dibebaskan.

6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. 7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.

8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah

meringankan

siksanya.

9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.

10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.

11. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati

dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin,nescaya

Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10

kali.
12. Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca

surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama

Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah,

menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan

jenazahnya”.
13. Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka

membaca Yaasin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa

minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya

dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa

sakit ketika nyawanya diambil.
14. Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua

rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yaasin dan

rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya di hadapannya

pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan

kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya

tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang

munafik.
“Sampaikanlah walaupun hanya dengan sepototong ayat.”


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: