Posted by: pahangtechft17 | Julam09 29, 2008

FAIL MEJA JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17

Posted by: pahangtechft17 | Julam09 29, 2008

SUKATAN PEPERIKSAAN TAHAP KECEKAPAN 1 (TK) JURUTEKNIK KOMPUTER FT 17

Posted by: pahangtechft17 | Julam09 29, 2008

SALAM KEPADA SEMUA JURUTEKNIK FT17 PAHANG

Asalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Juruteknik Komputer FT17 negeri Pahang.

terima kasih atas sokongan dan komen komen yang diberikan kepada pihak kami. Pihak kami akan cuba membaiki serba sedikit kelemahan yang ada. Oleh kerana kesibukan pihak moderator menyebabkan proses updated blog ini tergendala. Apapun pihak kami akan cuba sedaya upaya memberikan yang terbaik untuk semua juruteknik .

Pihak kami berharap blog ini dapat dipanjangkan kepada juruteknik-juruteknik yang belum mengetahui wujudnya blog ini. di harap juruteknik yang biasa melayari blog ini dapat mer war-warkan blog ini.

untuk memastikan keceriaan blog ini, kami akan memasukkan artikel2 menarik disamping info info terkini berkaitan dgn tugas tugas juruteknik.

Segala sokongan anda amatlah kami hargai dan kami mengucapkan salam perkenalan kepada juruteknik baru di negeri Pahang ini

dsc_0378

dsc_0330

dsc_0348

dsc_0349

Posted by: pahangtechft17 | Apram09 29, 2008

PEMASANGAN RANGKAIAN KOMPUTER DI SK ULU TEMBELING PAHANG

Pada 26 hingga 29 April 2009, Sepasukan pegawai dan kakitangan di bawah Jabatan Pelajaran Negeri Pahang telah menjalankan misi membuat pemasangan rangkaian komputer serta kemudahan internet si Sekolah Kebangsaan Ulu Tembeling Jerantut Pahang. Pegawai dan kakitangan ini terdiri daripada :

3 Orang Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut
1 orang Pegawai dari Pejabat Pelajaran Daerah Rompin
1 Orang Pegawai dari pejabat Pelajaran Daerah Kuantan
3 orang Juruteknik Komputer dari JPN Pahang dan Sekolah

Kerja kerja pemasangan rangkaian bermula pada pagi 27hb April sehingga lewat petang 28 April 2009.

Kejayaan misi ini adalah atas kerjasama berpasukan dan komitmen yang tinggi daripada semua yang terlibat.

Terima kasih kepada pihak sekolah kerana memberi kerjasama yang amat baik sepanjang tugas pemasangan rangkaian ini berjalan.

Diharap supaya guru guru dan pelajar di sini dapat menggunakan kemudahan yang ada ini dengan semaksima mungkin bagi memajukan sekolah serta memastikan murid murid yang diluar bandar ini juga turut merasai kemudahan teknologi dalam mencapai kecemerlangan untuk semua.

dsc_0466

dsc_0404

 

1. Matlamat Sukatan Peperiksaan

1.1 Tahap kecekapan 1 (TK 1)

Pada TK 1; pegawai

i. Mempunyai pengetahuan dari segi teknikal, penyelenggaraan

komputer (pekakasan dan perisian), ‘troubleshooting’ dan

pengurusan sumber serta arahan pentadbiran; dan

ii. Memahami kemahiran teknikal dan peraturan-peraturan

pengurusan sumber dan arahan pentadbiran selaras dengan

bidang tugas jawatannya.

2. Tujuan Peperiksaan

Untuk menguji kebolehan dan kecekapan pegawai dalam memenuhi salah

satu syarat anjakan gaji

3. Pegawai yang layak menduduki peperiksaan ini

Juruteknik Komputer Gred FT17 yang telah disahkan dalam perkhidmatan

4. Sukatan Peperiksaan

Bidang sukatan peperiksaan adalah merangkumi Kompetensi Umum dan Kompetensi Khusus

 

 

Read More…

Posted by: pahangtechft17 | Augpm08 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK

Renungan – MENUJU KESEMPURNAAN IBADAH PUASA

Kewajipan puasa Bulan Ramadhan bukan hanya sekadar menahan diri daripada makan dan minum atau perkara-perkara yang membatalkan puasa mulai dari terbit fajar shadiq hingga terbenam matahari, bahkan hendaklah juga menahan anggota badan daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membawa dosa, kerana dosa itu boleh melupuskan matlamat puasa. Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberi peringatan dalam hal ini sebagaimana sabda Baginda: Maksudnya: “Berapa banyak orang yang berpuasa tidak mendapat sesuatu daripada puasanya selain lapar dan dahaga.”Matlamat puasa itu bukan hanya memelihara kewajipan-kewajipan lahiriahnya, bahkan memelihara kewajipan-kewajipan bathiniyahnya. Al-Imam Al-Ghazali telah menggariskan kewajipan-kewajipan bathiniyah puasa itu antara lain seperti berikut:

1) Memejamkan mata dan menahannya daripada meluaskan pemandangan kepada segala perkara yang tercela dan dibenci oleh agama dan juga kepada segala sesuatu yang boleh mengganggu hati, serta melalaikannya daripada mengingati Allah Subhanahu wa Ta‘ala.
2) Memelihara lidah daripada bercakap-cakap yang kosong, bohong, mengumpat, membuat fitnah, bercakap kotor, menimbulkan permusuhan dan mengucapkan kata-kata riya’.

3) Memelihara pendengaran daripada mendengar hal-hal yang dilarang dan dibenci, sebab setiap yang haram diucapkan, haram pula didengarkan. Dan kerana itu jugalah, Allah Subhanahu wa Ta‘ala telah menyamakan pendengaran kepada sesuatu semacam itu dengan memakan barang-barang yang diharamkan, sebagaimana dalam firman-Nya: Tafsirnya: “Mereka sangat suka mendengar perkara yang bohong dan memakan barang yang haram.” (Surah Al-Ma’idah: 42)

4) Memelihara seluruh anggota tubuh badan yang lain daripada membuat dosa, dan memeliharanya juga daripada segala yang dibenci. Demikian pula menahan perut daripada makan makanan yang syubhah waktu berbuka puasa. Kerana apalah gunanya berpuasa daripada memakan makanan yang halal, kemudian bila berbuka pula, dia memakan makanan yang haram. Orang yang berpuasa seperti ini, samalah seperti orang yang membangunkan sebuah istana, kemudian dia menghancurkan sebuah kota (kerana dalam kota ada istana itu).

5) Janganlah membanyakkan makan waktu berbuka puasa, sekalipun daripada makanan yang halal, sehingga perutnya terlampau kenyang, kerana tidak ada bekas yang paling dibenci oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala daripada perut yang penuh dengan makanan yang halal. Cubalah renungkan, bagaimanakah dapat menentang musuh Allah dan melawan syahwat, kiranya apa yang dilakukan oleh orang yang berpuasa waktu berbuka itu, ialah mengisikan perut yang kosong itu dengan berbagai makanan semata-mata kerana dia tidak mengisikannya di waktu siang tadi. Kadangkala makanan-makanan yang disediakan itu berbagai-bagai rencamnya, sehingga menjadi semacam adat pula kemudiannya. Akhirnya dikumpulkanlah bermacam-ragam makanan untuk persediaan menyambut Ramadhan, dan dihidangkanlah pula dalam satu bulan itu bermacam-macam makanan yang tidak pernah dihidangkan dalam bulan-bulan sebelumnya. Sebagaimana yang dimaklumi, bahawa maksud puasa itu adalah menahan selera dan mengekang nafsu, agar diri menjadi kuat untuk taat dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Tetapi kalaulah hanya sekadar mengekang perut di siang hari hingga ke masa berbuka, lalu membiarkan syahwat berlonjak-lonjak dengan kemahuannya kepada makanan, dan dihidangkan pula dengan berbagai makanan yang lazat-lazat, sehingga perut kekenyangan, tentulah perut akan bertambah keinginannya kepada makanan-makanan itu. Malah akan timbul daripada syahwat pula keinginan yang baru, yang kalau tidak dibuang, mungkin ia tetap pada kebiasaannya. Semua ini adalah bertentangan dengan maksud dan tujuan puasa yang sebenarnya. Sebab hakikat puasa dan rahsianya adalah untuk melemahkan kemahuan dan keinginan, yang digunakan oleh syaitan, sebagai cara-cara untuk menarik manusia kepada berbagai kejahatan. Padahal kemahuan dan keinginan ini tiada dapat ditentang, melainkan dengan mengurangkan syahwat. Barangsiapa yang menjadikan di antara hatinya dan dadanya tempat untuk dipenuhi dengan makanan, maka dia terlindung daripada kerajaan langit.

6) Hendaklah hati merasa bimbang antara takut dan harapan, kerana tiadalah diketahui apakah amalan puasa itu diterima oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala, sehingga seseorang itu digolongkan ke dalam puak muqarrabin (hampir kepada Allah), ataupun puasanya tertolak, maka terhitung dia ke dalam golongan orang yang terjauh daripada rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Perasaan seumpama ini seharusnya sentiasa ada pada diri seseorang, setiap kali selesai melakukan sesuatu ibadat kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala. Oleh kerana itu apabila puasa itu dapat dilaksanakan dengan sempurna menurut syarat-syarat zahir dan batinnya, iaitu bukan hanya berpuasa dengan menahan perut dan syahwatnya serta mengekang pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki juga seluruh anggota, bahkan menahan dirinya daripada melakukan perkara-perkara yang membawa dosa, ditambah lagi bahawa hatinya berpuasa daripada perkara-perkara yang memesongkan perhatiannya selain Allah Subhanahu wa Ta‘ala, maka orang yang berpuasa sedemikian akan mudah mencapai martabat orang-orang yang taqwa sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala: Tafsirnya: “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu agar kamu bertaqwa.”(Surah Al-Baqarah:  183

Posted by: pahangtechft17 | Augpm08 29, 2008

SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KE 51

LAUNGAN MERDEKA

Wahai rakyat Malaysia,
Lupakah kau makna Merdeka?
Lupakah kau pengorbanan penjuang
demi mempertahankan maruah bangsa dan negara?
Lupakah kau hasrat moyang kita

Berjuang berkorban demi cucu mereka
mencampak gandar si penjajah?

Tok bahaman, mat kilau dan tok janggut?
Lupakah kau keghairahan mereka

Lupakah kau pengorbanan mereka

Menyahut seruan anak bangsa
demi tanah darah tercinta


Sejarah ini
baru 51 tahun lamanya.
sudahkah kau lupa? tidak!!!

Wahai rakyat Malaysia,

Biar laungan Merdeka
sentiasa membawa makna

memberi erti sejuta makna.
Biar laungan Merdeka
ditanam di hati muda-mudi kita.
Biar laungan Merdeka
bergema di jati diri kita,
seperti mana yang berlaku 51 tahun dahulu.
Ingatlah sejarah lampau takkan bererti

tanpa anak bangsa

Posted by: pahangtechft17 | Augpm08 29, 2008

KURSUS INDUKSI- TAHNIAH KEPADA SEMUA..

Alhamdullilah, kursus induksi ssm kumpulan 2 siri 3/2008 selamat di jalankan dengan jayanya bermula 11 Ogos hingga 21 Ogos 2008 di hotel Seri Malaysia Rompin Pahang, segala ilmu dan maklumat yang diperolehi diharap dapat memberi manfaat kepada semua peserta. Seramai 100 orang peserta terlibat di dalam kursus ini, termasuklah 15 orang juruteknik komputer FT17 yang berkhidmat di sekolah-sekolah negeri Pahang.

Harapan agar semua yang terlibat dapat melaksanakan tugas dengan penuh amanah dan bertanggungjawab selepas menghadiri kursus ini. Terima kasih kepada pihak urusetia dari Jabatan Pelajaran Negeri Pahang yang menganjurkan kursus induksi ini. Terima kasih juga kepada rakan-rakan peserta dari bidang bidang lain kerana kerjasama yang diberikan, iaitu peserta dari bidang Pembantu Tadbir, Penyelia Asrama, Pembantu Pengurusan Murid, pembantu makmal dan lain-lain.

Insya allah jika ada kesempatan semua peserta peserta yang terlibat ini akan bertemu semula pada bulan oktober ini untuk menghadiri pula kursus Bina Negara.

Posted by: pahangtechft17 | Augam08 29, 2008

KURSUS INDUKSI SISTEM SARAAN MALAYSIA

Kursus induksi sistem saraan malaysia bagi kumpulan sokongan sesi 3/2008 akan dijalankan pada 11 hingga 21 Ogos 2008. Seramai 15 orang juruteknik komputer FT17 akan terlibat dalam kursus induksi ini.

Berikut adalah 15 orang juruteknik komputer yang terlibat dalam kursus ini. Mereka adalah juruteknik daripada sekolah sekolah berikut :

1.   SK Terantang ( NORHASLINDA BT SHAHARUDDIN)

2.   SK (LKTP) Bukit Mendi ( RUSDI BIN KHAMIS)

3.   SK Wira ( HADZMAHANI BTE HUSSAIN)

4.   SK Simpang Pelangai (AMIRUL AKBAR BIN AMIR)

5.   SJK (T) Bandar Indera Mahkota Kuantan ( AHMAD MUSLIM BIN OTHMAN)

6.   SMK Agama Pahang (KHAIRULNIZAM BIN ZOHER )

7.   SK Jerantut Jaya (MOHD MAZLI BIN ABDUL MALEK )

8.   SMK Clifford ( MOHD SABRI BIN MUADI)

9.   SMK Sultan Abu Bakar (MOHD FARIS BIN ZAINUDIN)

10. SK Balok ( NOR HAIDA BTE ABDULLAH )

11. SK Bukit  Sekilau ( NOOR AZMAN BIN AMAT PALA @ MUHAMMAD )

12. SK Abu Bakar ( MOHD HANAFI BIN HASHIM )

13. SK Sulaiman ( NORASHIKIN BTE MOHD KHAIR )

14. SK Temerloh Jaya ( SHAH FAIZAN BIN MOHAMAMMAD )

15. JPNP ( MUHAMAD FAIZAL BIN DAUD )

16. SK Bandar Tun Razak ( NOOR FAZILAH BT ABDUL RASHID )

17. SK Pekan Jaya ( NORAINAWATI BTE MAT JALI )

18. SK Clifford ( NOR AZIMA BT ADZNAN )


SELAMAT BERKURSUS KEPADA SEMUA JURUTEKNIK KOMPUTER FT17

Older Posts »

Categories